Tour Packages

EKSPEDISI PENDAKIAN TRANS 3 GUNUNG DI JAWA BARAT

EKSPEDISI PENDAKIAN TRANS 3 GUNUNG DI JAWA BARAT

1) GUNUNG GUMURUH
2) GUNUNG GEDE
3) GUNUNG PANGRANGO

Ekspedisi trans 3 gunung tersebut merupakan yang terakhir untuk tahun 2015. Ini adalah kerana mulai bulan November 2015 sehingga awal bulan April 2016, trek dan laluan ke tiga-tiga gunung akan ditutup atas sebab angin kencang atau badai dan juga hujan.

Jadual pendakian pada 2016 untuk 3 gunung-gunung akan dikeluarkan oleh Taman Negara Gede – Pangrango pada awal April bergantung kepada keadaan cuaca.
Jika sesiapa ingin menyertai ekpedisi trans 3 gunung pada 14-18 Oktober 2015, mohon maklumkan pada saya untuk mengaturkan dan menyiapkan persediaan terutama sekali permit pendaki antarabangsa yang mana mempunyai kuota khas.

MAKLUMAT RINGKAS UNTUK EKSPEDISI TRANS 3 GUNUNG

Pakej Ekpedisi Trans 3 puncak Gunung.
Gunung Gumuruh
Gunung Gede
Gunung Pangrango
5D4N – tarikh 14-18 Oktober (Rabu-Ahad)
Harga : RM1,500 -00
**Tidak termasuk kos harga tiket penerbangan KL-Jakarta

Kos termasuk :
1 – pengangkutan darat dari Jakarta dan sekitar Bogor
2 – penginapan
3 – makan dan minum
4 – guides
5 – porter
6 – kelengkapan camping
7 – medical team
8 – international permit & hiking insurance
9- Bogor tour trip

(Sila rujuk kepada event page untuk program ini )

UNTUK PENGETAHUAN UMUM :

Gunung Gede-Pangrango memang poopular terutama bagi penduduk tempatan. Hari minggu iaitu Sabtu & Ahad , sekitar tak kurang dari 1,000 orang pendaki dalam satu hari akan mendaki turun – naik ke situ. Sebab tu saya pilih berangkat ke Jakarta hari Rabu. Mendaki hari Khamis dan turun dari gunung hari Sabtu supaya tidak akan terlalu sesak di campsite dan di trek bila bertembung dengan hikers lain.

Ekspedisi ini menjanjikan panorama permandangan menakjubkan sepanjang trek Dapat lihat air terjun yang memang cantek. Trek-trek berbeza ekologinya & geologinya .Kawah gunung berapi masih berasap dari puncak Gunung Gede. Temui danau air hijau di Gunung Pangrango .Trek jalur ke gua di Gunung Gumuruh yang ada trek ke gua yang menarek. Dilaluan jalur terakhir yang menandakan ekspedisi hampir tamat adalah airterjun panas Cibodas di checkpoint terakhir sebelum tiba di Cibodas dimana semua akan menginap. ( berpeluang mandi di air panas selepas tamat ekspedisi jika waktu mengizinkan )

Lokasi jalur trek Gunung Gede -Pangrango adalah satu-satunya yang mempunyai Taman Bunga Gunung Ederweiss yang luas terbentang.
Satu perjalanan yang indah yang bakal mengamit memori bagi setiap pendaki-pendaki ketika di Gunung Gede – Pangrango !

HARI KE 5 iaitu hari terakhir adalah hari BOGOR TOUR TRIP untuk semua pendaki sebelum pulang ke destinasi masing-masing !

Bagi yang berminat untuk menyertai Ekspedisi Pendakian ini, sila tinggalkan NAMA PENUH, NOMBOR TELEFON, EMAIL ADDRESS diruangan komen untuk team kami menghubungi anda.

Terima kasih.

mount-gede camping-site
mount-trail mount-trail-1
mount-trail-2 mount-trail-3
mount-trail-4
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s